Thursday, October 11, 2012

kerja.. kerja..



Alhamdulillah.. dalam beberapa ari keja sini ( EMRCHANTRADE ) okey seja.
Hari pertama kerja kena suh baca AML/CFT. Kena faham betul-betul benda alah tuh. Aku amek kaunter keempat untuk buat member kad buat sementara waktu dulu. Sambil-sambil tu boleh tengok camnar diorang bekerja. Hehe. Cam best jer tengok. Tapi kena cepat buat kerja sebab kerja memang banyak sampaikan kadang-kadang kena buat overtime. Tapi untuk bulan pertama ni aku minta xmau OT dulu sebab jau. Nnti bila dah pindah tinggal di area sana baru buat OT.
Lama kelamaan aku bekerja disini aku mulai suka. Hehe. Kawan sekerja memang best. Mula-mula tu aku ni pendiam taw. Haha! Yala.. kita kena tengok orang jugala. Tapi bila tengok diorang ni ok dan aku dah selesa jadi kami boleh bekerjasama. Hehe. Ada masa kita boleh bergurau ada massa kita kena serius.
Aku tak boleh tersangat happy sebab belum agi dapat tekanan kerja macam diorang. Aku sentiasa berdoa supaya dapat uruskan kerja-kerja sebegini. Amin3…
# amalkan sikap BERFISIONAL dalam bekerja.. INSYAALLAH orang akan suka dengan kita..   

MERCHANTRADE




Sekarang aku bekerja dengan syarikat ini ( MERCHANTRADE ).
Aku cerita la dulu camnar aku dapat keja ni. setelah sekian lama menganggur aku pon bangkit p cari kerja. Kazen aku tolong-tolongkan aku untuk cari kerja di area inanam. Macam-macam minta p isi borang dan terjumpa la kerja kosong yang kena tampal didinding.
“ MERCHANTRADE “
Pe benda ni??
Kazen pun suruh cuba jak. Amek la no phone, then p ofis kazen aku ni p la check kat GOOGLE pe ka jadahnya MERCHANTRADE ni..
Tengok-tengok rupanya pertukaran duit malaysia ngan wang asing. Setelah call Tanya ada kerja kosong kami pun p la pejabatnya tak jauh pun dekat jak leh jalan kaki g. diorang ofer dua bahagian,promoter ngan bahagian dalam ( kaunter ). Kazen ku cakap bahagian dalam, aku tengok kazen ku sambil bakata dalam hati ( memandai jak orang tua ni bha ) huhu tapi aku xbantah. Dah isi borang aku pun balik la.
Dalam 2 3 ari gitu ada call dari MERCHANTRADE ni la suh turun untuk interview. Memandangkan sebelum ni aku ada p interview so aku tak la takut sangat.
Keesokan arinya aku p la pejabat tu. Ingat aku sorang rupa-rupanya banyak yang p untuk temuduga tu ( ya Allah banyaknya pesaingan ).

Then nama aku tiba-tiba kena panggil ( orang pertama kut! ).
Masa interview tu just simple jak kena Tanya dan banyak juga la aku Tanya dia. sebelum bersurai dia cakap “ tunggu petang ni kalau ada panggilan,kalau ada panggilan kita akan buat temuduga yang kedua. “
Lepas interview tu aku p ofis kazen ku. Aku cerita la camnar interview tadi. waktu lunch ada panggilan dari MERCHANTRADE suh turun kul2 pm.
Huhuhuhu~~~
Tepat jam2 pm aku sampai pejabat untuk buat temuduga. YA Allah baru kali ni aku nervous semacam~~ hehhe.. untuk interview yang kedua ni diorang akan buat test kat kita. Semua ada tiga.
1)   Simple question in English. Ada pengiraan dan macam-macam lagi. Semua ada 10 soalan jerk..
2)   Typingtest in English.
3)   Buat report.

Dah selesai buat test ni baru diorang bagi jelaskan lebih detail pasal syarikat ni dan aku sangat-sangat GUMBIRA bila dapat taw peratusan untuk dapat job ni sangat tinggi (80%)..

# harap-harap aku dapat.. amin-amin ya Rabbalalamin..